superhero datang menyelamat


Batman alert

macam pernah dengar je ayat 'superhero datang menyelamat' tuh . kat dalam iklan coco crunch eh ? entah tak penting pun . bhahaha pengenalan yang entah hape-hape

k , act satu insiden yang tak di sangka telah berlaku baru-baru nihh . kejadian berlaku pada khamis minggu lepas . masa tu biasalah budak remaja macam aku ni memang asyik berjalan je kojenya ha . so petang tu ktorang pakat jalan-jalan kat lake valley hussien onn . masing-masing bawak motor . aku dengan ean and syafiqah dengan syazwan .

kononnya nak jogging last-last jadi sesi bercerita pasal twilight : breaking dawn 1 . perghh mentang-mentang wa tak tgk lagi sedap-sedap je si ezwa and pyka story cerita tu kat ktorang . tak surprise lah cenggini :<

then boleh pulak si pakwe ean ni datang dengan kawan-kawan dia . di mana ada ean si situ ada dia . kat mana-mana semua nak ikut . nasib baik si ehem ehem aku duduk jauh kalau tak 24 jam nak berkepit dengan aku . eh yeke ? hihi btw sorry to ean coz ktorang tinggalkan dia dengan bf dia , yg lain semua blah si syazwan sibok pulak nak mengeteh (minum teh) . bhaha macam orang tua lah mamat ni , lain kali panggil tea time k wan ? LOL

dalam pukul 7 baru ktorang blah lepas tangkap gambar . memang hobi aku kat mana-mana aku selalu bawa kamera . bak kata yuna , setiap gambar ada lagu . k fine , aku rasa takde kene-mengena . bhaha

bf ean and kawan-kawan dia dah blah begitu jugak dengan pyka and syazwan . aku and ean tinggal kat belakang . tu okay lagi tapi bila ktorang berhenti kat satu lampu isyarat boleh pulak enjin motor aku tetiba mati . perghh bala apa pulak datang . aku dah gelabah , bila aku start balik dia macam tak hidup . kakak kat sebelah (dalam kereta) kata minyak dah habis padahal sebelum berangkat aku dah isi minyak dah .

lampu isyarat dah hijau , aku apa lagi tolak motor aku kat tepi . haihh muka aku dah tebal seinci , memang malu gila . dah lah nak dekat maghrib , apa lah nasib ktorang berdua nih -.- hahaha

dalam tengah kelam-kabut tu ada sorang mamat naik skuter datang tanya kenapa . aku cakaplah motor tak boleh start enjin . so dia suruh aku tolak motor kat bahagian tepi lagi . aku pun tolak sambil mulut membebel , eh sial lah kau motor , time ni jugak kau nak buat hal . baget konon motor tu dengar je aku membebel . pfftttt -.-

then abang tu start motor . tak tau lah guna magik ke jampi fuh sana , fuh sini ke . aku tak tau asalkan motor tu boleh bawak aku dan ean balik dengan selamat sudah . lagipun , time tu memang dah gelap gila , maghrib kan -.- after cakap terima kasih semua tuh aku terus blah . sempat pulak abang tu cakap "bateri motor awak dah nak habis nih" . hihi thanks bro coz save my life . ececececehh

baru aku sedar , rakyat Malaysia memang baik . sanggup tolong orang yang dalam kesusahan . sampaikan bila kemalangan pun orang yang lalu lalang sanggup parking kereta tepi jalan untuk tgk apa yang berlaku . kalau nak tolong abang-abang polis , ambulans tu angkat mangsa takpe . ni tak , 'tolong' tgk ada lahh . bukannya membantu tapi menyusahkan orang .

apapun , aku bersyukur ada jugak yang sanggup tolong aku time tu . memang aku cuak sangat coz dah gelap . apa-apa pun boleh berlaku . mana tau ada mat rempit lalu nampak ktorang kat tepi jalan bawak ktorang lari . ataupun ada mamat bangla or indon yang culik ktorang jual kat thailand . nauzubillah , simpang malaikat 44 lah .

A million thanks to abang yang aku tak sempat tanya nama dia sape . thank you so much ! kalau abang tak tolong tak tau lah apa yang jadi kat ktorang ;'>


thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment