Mental Breakdown part 2


kali ni bukan pasal Infinite lagi.. no is about yg my personal problem yang makin menghimpit perasaan. setiap detik setiap masa setiap saat aku asyik terfikir mengenai masalah yang sama

tapi kali ini masalah sama yang sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2012, ye sejak aku form 5 yang bagi aku tidak akan selesai sekiranya aku tidak mengambil langkah yang pertama. aku yang disakiti dan aku juga yang kena selesaikan sebab sekiranya perkara ini berlanjutan kemungkinan aku akan kehilangan hati dan perasaan.

entahlah, daripada mana perkara ni bermula aku pun tak sedar. yang aku sedar hubungan aku dengan kawan-kawan aku semakin merenggang. adakah aku yang salah akibat terlampau ego pada mulanya dan kemudian mula mengindarkan diri daripada mereka? adakah aku yang salah kerana sering berasa terpinggir sedangkan mereka bahagia bersama kawan mereka yang lain? adakah salah aku kerana berfikiran sebegitu? adakah aku yang terlalu mengikut perasaan?

kemudian seorang penyelamat datang menghulurkan bantuan di kala aku terkapai-kapai memerlukan sorang 'listener' untuk mendengar segala luahan hati yang telah aku pendam sejak sekian lama. ktorang happy sebab satu kelas, satu perangai, satu hati, satu masalah yang sama sering di kongsikan. yup, boleh aku kata yang ktorang ada masalah yang sama tapi bagi aku masalah aku lebih kritikal

setiap orang ada bff, dia dan aku pun ada bff tapi bff ktorang kat tempat lain. bff dia kat mrsm, bff aku pindah kat kedah. so, ktorang ni banyak persamaan dan masing2 ada masalah dengan bff masing2. dia faham aku, aku faham dia senang cerita ktorang saling melengkapi..

masalah mula berlaku apabila bila aku rasa E berubah dan aku mula menjauhkan diri dengan E. pada pendapat aku 'buat apa nak terhegeh-hegeh dengan orang yang tak pernah peduli pasal aku'. apa yang aku rasa E selalu cerita pasal perubahan aku kat bff aku. so bila bff tu selalu call aku, then dia selalu tanya apa masalah aku dengan si E. aku malas nak comment sebab bila aku cerita ibarat aku curah garam kat atas luka aku sendiri dan perkara itu akan buat aku sedih sepanjang hari so better aku 'pendam' aku pun jarang contact bff aku sbb aku ni jenis malas nak call and text-ing dan aku ni jenis malas nak topup. so dia selalu call and tanya aku dah baik ke belum. ada satu hari tu aku mengalah jugak, ceritakan semuanya.. then suddenly aku perasan yang dia macam back up si E and aku menangis time ktorang otp tuh. first time aku menangis dalam hp sebab aku kecewa sangat. sebagai kawan aku harap dia support aku bukannya macam menyebelahkan dia walaupun dia kata dia tak sebelahi sesiapa. buat pertama kali aku pergi tusyen dengan mata yang bengkak selepas insiden yang memilukan hati tuh. semua orang pelik terutama sekali Tasha

sampai masa bila aku dah tak tahan nak pendam segala benda bodoh nih aku try jumpa face to face dengan E sebab aku pun sayang dengan dia and aku taknak buang masa last school aku ni dengan mimpi ngeri. keadaan okay seperti biasa selepas tu dan terjadi lagi bila aku mula menjauhkan diri dengan geng aku. keadaan tak berubah dan itu sangat mengecewakan aku sehinggalah habis sekolah

second day spm, aku exam paper geografi pukul 2. aku datang awal setengah jam and time sampai kat laluan ke bilik peperiksaan aku ternampak S, K and E tengah tangkap gambar. bukan main happy lagi dorang. pedih hati aku ni ibarat di tusuk sembilu je. aku buat bodoh and lalu je sebelah dorang. fine dorang tak pedulikan aku. aku duduk and baca buku tapi emosi menguasai diri. bila orang tanya aku something aku macam blur. dalam bilik peperiksaan aku termenung tengok kertas tu and satu jam aku habiskan dengan termenung je. akhirnya aku tak dapat habiskan soalan. rasa macam menyesal walhal geografi is one of my favourite subject!! aku kecewa sangat then tamat masa aku terus berlari balik. aku tinggalkan Tasha sampai dia pelik tengok perangai aku

esoknya aku datang lambat sebab aku taknak dah tengok adegan mesra tu, aku taknak perkara tu menjejaskan emosi aku and tak dapat buat dengan baik untuk paper 1. alhamdulillah, aku dapat curahkan segalanya dalam paper 1.

aku cuma pelik, macam mana dia boleh cakap yang di sayang aku padahal dia lebih utamakan kawan dia yang lain daripada aku? aku ingat bila dah dapat kawan yang pandai so dia boleh ajar aku sebab aku ni boleh di kategorikan orang yang bodoh. so i need someone to teach me!! tapi dia lebih suka ajar orang lain daripada aku. fine aku 'pendam' je. aku faham dia tu harapan ibu bapa memandangkan dia anak last so parents dia nak dia berjaya. tapi takkan sepanjang 2 tahun since aku form 4, dia tak boleh luangkan sehari untuk ajar aku dalam tempoh 24 bulan tuh? maafkan aku kalau aku melampau tapi fikirkanlah, muahasabah diri, tanya diri sendiri "adakah aku kawan yang baik"?

beberapa hari yang lepas aku terbaca status bff aku yang mengatakan dia rindu E. korang faham tak betapa hancurnya hati aku? remuk redam rasa macam baru kena langgar treller. hancur lebur hati aku. so dah alang2 hati aku hancur lebur so aku berpendapat baik aku cabut sekali jantung aku dengan stalk twitter dorang. tepat jangkaan aku, melihat tweet dorang memang meragut jantung aku. rasa macam baru terjatuh dalam gaung yang dalam sampai aku menjerit pun takde siapa dengar. agaknya boleh bawa maut.

apa lagi yang aku boleh buat pada pukul 2 pagi dengan keadaan semua family dah tidur dan keadaan yang sunyi sepi. tangisan peneman aku. kalau aku takde iman, memang aku dah gantung diri asalkan aku tak rasa sakit hati nih. semua yang selama ni aku pendam terluah dengan tangisan yang tiada penghujungnya

dan aku kini telah mengambil risiko dengan menghempurkan segala dendam, sakit hati, kecewa di dalam blog yang serba kekurangan. aku tak harapkan sesiapa baca dan simpati dengan apa yg terjadi kat aku. cuma aku harapan Allah tunjukkan jalan supaya aku tabah menghadapi dugaan yang maha hebat nih. aku cuma harapkan kawan-kawan aku sedar, kalau aku salah aku minta maaf dan kalau korang rasa bersalah berubahlah, aku dah mula muak asyik aku je yang kena minta maaf dan korang buat tak peduli macam takde apa yang jadi. buktikan kau sayang aku, jangan hanya pandai cakap je. tolonglah aku dah rendahkan maruah aku serendah kaki korang sebab walaupun aku rasa bukan aku yang salah tapi aku jugak yang mulakan langkah dengan meminta maaf dulu

Allah pun suka dengan orang yang meminta maaf dan memaafkan orang lain. semoga korang cepat sedar, jangan sampai satu hari korang menyesal tak sempat minta maaf dengan aku sebab time tu aku dah mati agaknya. aku merepek? kita tak tau bila ajal maut kita. maybe esok aku mati? ataupun korang suka aku mati? korang pun tak pernah peduli pasal aku

sekali lagi air mata aku bazir sebab korang.. korang ada bazirkan air mata dengan aku? cukuplah hati aku dah kecewa dengan sikap korang. kalau korang rasa korang betul teruskanlah maybe aku je yang terhegeh-hegeh dengan korang.

konklusinya aku sayang korang. banyak aku dah korbankan dalam persahabatan nih. pengorbanan korang pulak? tepuk dada tanya hati..
thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment