Manusia berubah


Lama tak mengarut dalam ni. Mungkin saat tak terluah kat sesiapa baru mengagau cari tempat agar dapat hilangkan resah di hati.

Rasanya cukup aku kenal manusia yang berbagai ragam selama lebih sedekad lebih aku hidup. Dari sebaik baik umat hingga sejahat jahat umat. Tak jahat mana sebab boleh dikategorikan kawan aku baik belaka, cuma segelintir je berperangai celaka.

Dari kawan yang sesusah mana ada disamping aku susah sehingga yang sesenang ada ketika aku senang. Pandai cakap tapi rasanya aku dua kali lima. Kemungkinan aku ada ketika susah tapi mengikut juga kepada situasi.

Point aku sebenarnya, aku ni peramah. Mungkin bermula dari aku sekolah menengah sebab zaman kecil aku boleh tahan sadisnya. Kawan ramai tapi biasalah dari situ mungkin sudah bermula era tindas menindas ditambah aku yang tak berapa nak lawa. Dah lah gemuk, comot. Perkara biasa yang manusia lihat bila hendak berkawan.

Bila diingat balik, ramai juga kawan seperjuangan time sekolah rendah tapi rasanya hanya boleh senyum sahaja apabila berselisih ditepi jalan. Tiada yang kekal. Sadis?

sekolah menengah? Bermula era apabila bertukar kelas langsung dilupakan kawan yang sama kelas terdahulu. Sadis?

Habis sekolah ada yang teringat segala kenangan yang kamu kamu dan kamu lakarkan terdahulu? Segelintir mungkin. Sedih. Pathetic. Cuma kamu yang rindu saat itu. Hahahaha kelakar

Pesan aku cuma satu, hargai sesiapa yang ada disisi kala ini. Jangan dibiar pergi. Ingat, Allah juga sentiasa ada cuma manusia yang mudah lupa #NoteToMyself


thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment