hello people! mesti korang curious dah kenapa si jannah ni tak update post pasal hari belia? hihi aku tak tau lah hantu mana yang menghasut aku supaya tak update tapi aku still nak update jugak!! kuat kan semangat. kalau tak sampai ke sudah tak habis lagi cerita pasal hari belia nih. kikikiki
so, pagi tu ktorang bangun pukul 5. then siap-siap semua, ya Allah muka yang sembab nak mampus, tu jangan cerita lah kan. dalam pukul 6 lebih baru bertolak ke Putrajaya.
sampai Putrajaya, senyap sunyi je. takde orang lalu lalang, wahhh udara pun segar. terus terbeliak mata menghayat setiap moment yang ada :')
tiba je kat help desk, k rupanya dah ramai yang datang. abang-abang rela yang hebat lagi perkasa, abang-abang yang gatal lag miang pun ada. tak lupa jugak dengan akak cun yang tebal dengan make-up nya
MasyaAllah takut wa tengok muka dia -_______-
after that, ktorang pergi makan di temani dengan abang bertatu tapi muka baik lagi baik hati. kenapa aku cakap dia baik? sebab dia sudi nak belikan ktorang makanan padahal ramai yang beratur, alahai sweetnya. yang ktorang pulak lepak sambil cerita cerita menunggu makanan. hihi kuangajo kan ;p
lepas beli makanan, ktorang pun makan sama sama. nasi lemak lauk ayam yang biasa biasa tu pun rasa macam chicken chop bila makan ramai ramai. auwwww rindunyaaaaaaaa :'(
lepas dah makan ktorang pergi booth Y-Avenue, jaga game jigsaw puzzle and rubic cube untuk meramaikan lagi majlis and tarik perhatian pengunjung yang datang. kakak tu cakap, ktorang pun boleh join game tu, so aku, tasha, fatihah and emilia pun join jigsaw puzzle
at first susah jugak nak main puzzle tuh, bayangkan ada 500 keping puzzle kesemuanya. aku ni setakat yang budak budak tadika main tu boleh lah kan. HAHAHAHA tapi ni sampai 500 keping mak aihhh -______- masa tengah susun puzzle tuh ramai jugak yang datang bagi support kat ktorang. dorang cakap ktorang paling cepat, yang lain semua lambat. so ktorang macam, fuhhhh faster faster. kita mesti menang!! sebab apa ktorang nak menang? first prize, RM500!!! siapa tak nak kan? HAHAHA
untuk mendapatkan kemenangan ktorang main bersunguh-sungguh. ramai yang datang bagi support, terima kasih terutamanya kepada abang-abang PLKN daripada sabah and sarawak yang nyanyi lagu semangat untuk ktorang. terharu aku!! :'( tak kurang juga terima kasih kepada abang-abang yang kacau ktorang, hilangkan kepingan puzzle, haih saja je kan. jelly lettewww nasib baik jumpa kepingan puzzle tuh
main punya main sampai 3 jam kot, belakang aku dah sakit sakit sebab berdiri lama sangat. orang yang datang tengok semakin banyak. sampai ke klimaks, tinggal berapa pieces je lagi. time tu group ktorang paling first tapi memandangkan ktorang gelabah so ktorang dapat no 3. bayangkan kat sekeliling ktorang ramai yang tengok bagi support, "cepat cepat", ktorang pun start gelabah then ada orang menjerit, "yeayyy" pemenang pertama, time tu lagi pressure. tak lama lepas tu pemenang kedua then baru ktorang. see? ktorang terlampau gelabah padahal ktorang ada chance untuk menang but that not end of the world. act game tu untuk menentukan siapa yang masuk final je. lol fuhhhh nasib baik :B
lepas dah memenatkan kepala otak, time to have fun! berjalan kat tengah panas sambil usha jejaka hot. jejaka naik fixie, jejaka pakai supra, jejaka yang auw auww pun ada k. senang cite, macam macam ada, pilih je yang nak mana satu. hehe
lepas penat round round ktorang pun ambil tempat untuk tengok konsert Teen Top!! yeayy!! aina, tasha, and teha yang tak minat k-pop pun aku angkut sekali. memandangkan ktorang tak larat berdiri, so ktorang cari tempat duduk tapi jauh sikit lah daripada stage dia. takpe, cukuplah tengok u-kiss live depan mata kalau tengok Teen Top live alamatnya boleh pengsan aku, yelah Niel handsome sangat. hihi
overall, Teen Top memang the best! comel sangat Neil, aku tak habis ulang ayat yang sama. "saranghaeo Niel!!!" sambil buat love, hikhikhik tapi i tau, Niel takkan dengar sebab i duduk jauh sangat. lol
after Teen Top, Dal Shabet pulak perform. k time ni ramai yang dah blah, memandangkan aku kenal la jugak Dal Shabet ni eventhough tak minat sangat tapi ktorang tengok jugak. habis konsert dalam pukul 10 lebih, lepak kat padang Putrajaya tu sekejap then balik asrama.
ya Allah badan lenguh segala jangan cakap lah kan. sampai kat bilik aku tak mandi pun, terus je tidur. Tasha ajak makan pizza pun aku tak nak, seluruh badan sakit gila. nak je katil terus terlentang gaya kuak letang. ayat nak top je kan, so nantikan part yang ke 3 okay. ye aku tau entry ni dah basi, masam , lapuk tapi peduli apa. janji aku hupdate!!! chowww
0 orang budak comel:
Post a Comment