31th Baskin Robbins


rasanya aku tak pernah insaf daripada update blog ni on time. arghh sejak menginjak dewasa ni perangai malas ni sering datang tanpa di undang. menchik tauu!! kang aku tak update, hati ni tak tenteram lagak orang tak siap artikel untuk majalah je. nak update on time malas bukan main. sabar jelah gua. fine kita teruskan dengan cerita yang tak seberapa nak gah ni yee

31th januari hari tu aku ada kerja kat BR untuk sehari. well, nak cari pengalaman kan. thanks to khairul iman yang ajak aku join kalau tak memang mati kebosanan aku kat rumah. HAHAHAHAHA

apa yg special sangat dengan 31th januari nih? err nak kata hari dapat ice cream percuma, mana ada orang yang nak bagi percuma melainkan lee chong wei menang lawan badminton tahun lepas tapi malangnya kalah jugak. ehh tapi still BR bagi percuma kan? tettttt aku dah mengarut HAHAHA

act benda alah ni di jalankan sebab first ada 31% diskaun kat BR, sounds great kan? memandangkan 31th akhir bulan so dorang nak habiskan stock yang lepas2, eh don't chuu remember yang harga ice cream ni mahal nak mati? gua memang selalu beli ice cream Malaysia harga RM0.20 banyak jugak perisa ada yang paling latest sekali ice cream keladi. ingatkan pakcik nestle jual ice cream calong harga RM0.50 tu je yg jual ice cream perisa keladi. rupanya ada lagi yang lebih grand, lol

pagi2 dah bangun memandangkan khairul iman kata manager dia suruh datang pukul 9 pagi. fine, 9 pagi aku and iman dah terpacak kat depan leisure. tunggu pulak member iman then masuk leisure ikut pintu belakang. terasa diri ni macam makcik indon and mamat bangla je rupa kikikikiki

sampai je depan BR wthell manager dia pun tak sampai lagi. dasar janji melayu, penat den datang awal-awal siaaaaaaaaaaaaaa marah ni marah *keluar asap kat telinga* awal-awal lagi khairul iman cakap manager dia auww auww (lembut). HAHAHAHA hahh tu lagi bagus, aku suka. takdelah awkward nanti

sampai je manager dia terus buka itu ini. get ready nak buka kedai, yang aku ni pulak entah tak tau nak buat apa buat bodoh jelah yg aku reti, lol manager dia panggil and terangkan itu ini then mula beroperasi

macam2 kerenah aku jumpa dengan pelanggan yang ramai tok sah nak kata okay. aku ni rehat 2 kali tapi apa pun aku tak jamah. dah terpaksa pulak kerja dengan perut kosong. kenapa aku tak makan? kau nak aku jadi forever alone makan sorang-sorang? lainlah ada mamat handsome nak temankan aku makan. HAHAHAHA never happen!! aku lebih sanggup berlapar daripada jadi pathetic sebegitu rupa.eee simpang malaikat 44!! HAHAHAHA

overall, staff dia okay. yang paling gua tak boleh lupa bila time tu pelanggan tak ramai lagi. aku tengah serve customer, cedok ice cream and letak kat bekas. ada sorang staff ni dia jaga counter. tengah aku leka cedok ice cream yang keras nak mati tu tetiba aku rasa macam ada someone usha aku. so aku pandang lah dia, tetiba dia pandang tempat lain. yang lawaknya mula2 dia menghadap aku sambil berpeluk tubuh, bila aku pandang dia terus dia kelam kabutl berdiri tegak menghadap kaunter. HAHAHAHA time tu aku rasa macam, dah kenapa mamat ni HAHAHAHA apapun dia memang comel. dia speky macam aku jugak. hihihi *gelak gedik* TETTTTTTTTTTTTT terserlah sangat ke kebagetan aku? sorrylah kalau melampau, maybe staff tu pandang orang lain tak? err kbye *sorong kepala bawah bantal*

kat situ ada 3 staff perempuan termasuk aku, selebihnya lelaki seramai 6 orang termasuk manager. aku takde masalah dengan staff yg jaga kat bahagian pembungkusan, dia comel je. sempat jugak customer mengorat, haha aku ada masalah dengan kakak sorang lagi. nampak macam baik, alim so aku try macam nak rapat2 lah. do you get it? alahhh macam manja-manja gitu yelah kat situ ramai lelaki. takkan nak bergurau bermanja dengan staff lelaki pulak? =___________=

ada satu insiden tuh customer nak ice cream pelik-pelik so aku dah gelabah. aku baru lagi mana hafal nama ice cream. banyak kali jugak aku tanya kakak tu 'kak, ice bla bla bla tu ada tak? 'kak, ni ice cream apa? 'ehh kak, customer nak ice cream bla bla. mana satu kak?'

sampaikan satu tahap maybe kakak tu fed up sekali dia kata 'baca boleh tak? kan ada nama-nama dia kat situ' perghhhh sentap gua sial. HAHAHAHA aku baget cool padahal dalam dah berapi HAHAHA kebetulan khairul iman ada sekali dia kata 'chill lah kak' aku kat sebelah dah macam 'okay fine. lantak kau lah.. aku tanya baik-baik sial' bengang ni bengang fine maybe aku salah. tapi aku sebagai orang baru at least kenalkan dulu nama-nama ice cream lagipun semua ice cream random, nama dia semua dah tungang terbalik. kang aku bagi ice cream salah customer marah manager jugak yg kena. aku sedar aku junior so aku senyap je, malas nak naik angin. tak best kalau kerja tension-tension ni, manager pun cakap macam tuh. dia kata last month tak banyak untung sebab staff dia lambat then manager naik angin, so semua orang stress.

setelah timbul ketegangan antara aku dengan kakak tu aku langsung tak bercakap dengan dia dah. semua buat kerja masing-masing facus kononnya. HAHAHA tapi aku tanya orang lain pulak, mamat comel rambut kerinting. comel ke? hihihi haih aku ni semua comel. so tolong faham okay?

aku selalu tanya dia 'ni ice cream apa? 'mana ice cream bla bla?' aku pulak boleh selamber badak cuit cuit bahu dia bila nak tanya something. salah satu cara bila nama staff aku langsung tak ingat, takde masa siott!! busy sangat. so aku amik inisiatif main cuit2 bahu orang bila nak tanya serupa jugak aku buat kat mamat specky.

time paling tak boleh blah bila aku tengah cedok ice cream chocolate yang kerasnya ya Allah mengalahkan batu!!! maybe lelaki rambut kerinting tu tengok aku terkial kial cedok ice cream so dia menghulurkan bantuan. dia cakap 'mehh saya buat. serve customer nih' korang perasan tak takde kata ganti nama diri langsung dalam ayat tuh? HAHAHAHAHAHA nampak sangat tak tau nak panggil awak ke kau ke aku ke saya ke bila berintereaksi. hihihi

hahhh yang terakhir, lupa nak cerita. kan tadi situasi aku and kakak tu tak berapa nak baik.. so tengah aku cedok ice cream.. eh aku ni dari tadi cedok ice cream. yelah takkan nak masak buat burger bakar pulak? kahkahkah okay sambung.. terkial-kial aku cedok ice cream kat sebelah aku ada kawan iman, nama dia syamim terkial kial cedok ice cream macam aku jugak. sekali seseorang bersuara 'syamim, meh akak tolong. nah buat akak punya. ice cream dia ada kat sana sana *sambil tunjuk ice cream* perghhh menyirap sial aku dengar. dengan aku bukan main kurang ajar sekali dengan syamim bukan main lemah lembut. fyi, syamim tu lelaki -____________________________- #Damn

bukan itu sahaja, still aku terkial kial cedok ice cream pastu kakak tu kata 'syamim, kalau ada ice cream yang keras bagi tau akak tau. nanti biar akak yg buat' perghhh lagi menyirap!! time tu customer aku kat depan, sekali aku jeling kakak tu pastu kantoi dengan customer. HAHAHAHA aku sengih je sebab nak tutup malu. muehehehehe

walapun banyak yg terjadi and balik lambat gila dengan kaki aku sakit sebab berdiri lama sangat. pastu tangan kanan aku bengkak, pergelangan tangan aku lenguh gila perit dia tak payah cakap. sampai nak berjalan pun rupa macam orang patah kaki terhencot hencot, ada ke perkataan tuh? Lol sampaikan teha offer ice cream aku tolak, yang aku nak cuma nak sampai rumah cepat. kaki aku memang sakit gila, HAHAHAHA nampaknya 5 tahun jadi pengawas berdiri time perhimpunan memang tak membawa apa-apa.

apapun memang pengalaman yang best! ktorang berjaya capai target seramai 300 orang!! tapi gaji tetap ciput. HAHAHA hari tu aku amik gaji, aku dapat RM66. not bad lah kan? aku tak kisah pasal gaji yang penting pengalaman. cewahhhhh


watlek watpeace tangkap gambar kat surau. muehehe cool kan tudung aku? well, aku kena tutup sikit memandangkan baju comot habis dengan ice cream. tak cukup dengan baju tudung pun sekali comot. watlek watpeace badan pun dah bau ice cream. pinky kan aku? well you know me lol

nota kaki :- sikit pun aku tak heran bila balik rumah mak offer makan nasi lemak memandangkan aku sehari suntuk tak makan apa. konon berat boleh turun. yang sadisnya sekarang ni duduk rumah takde apa boleh bayangkan berapa banyak lemak yang aku ternak setiap hati? choww peacee HAHAHA
thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment