Postman To Heaven




kalau ada orang yang bertanya 'kita pernah berjumpa sebelum nih? ataupun 'saya pernah jumpa awak di dalam mimpi saya'.. jangan ingat dia ingin menggoda awak.. mana tahu.. itu sebenarnya adalah takdir?

berdiri semua bulu roma aku bila babak akhir, pelakon perempuan sebut ayat tuh. aku terfikir. macam mana kalau satu hari kita tengah berjalan then kita terserempak dengan someone yang muka sebijik macam dalam mimpi kita. apa kita nak buat?

nak tegur dia? teringin nak tanya 'eh kau tak ingat aku ke?'

nak hug dia? yelah sebab dalam mimpi kita bf gf *padahal saja nak ambil kesempatan* lol

nak tanya dia? 'kenapa dalam mimpi dia handsome tapi realitinya serabai je tengok'

nak kiss dia? eh mana boleh. haram! lainlah dalam mimpi wakakaka

mana satu yang korang pilih? yelah tak mustahil satu hari nanti Allah nak tunjukkan yang 'someone' tu sebenarnya jodoh kita. auwwww so sweet kan?

tapi sejujurnya aku memang suka love story macam tuh. sebab terasa macam 'couple' tu satu dalam sejuta. kiranya susah nak dapat. adakah itu satu kebetulan, hanya beberapa orang je yang Allah pilih?

masyaAllah.. indahnya dunia kalau macam tuh. macam dalam babak Postman To Heaven. dorang terserempak dalam post office. lelaki tu langsung tak ingat perempuan tu siapa, yg dia ingat perempuan tu pernah muncul dalam mimpi dia. yang perempuan tu pulak, semua moment2 bersama lelaki itu ibarat satu fantasi.

bayangkan dalam satu tempat dorang di pertemukan semula. dan akhirnya terimbau kembali moment bahawa dorang pernah bertemu dulu. hmmm time tu aku macam omg! bahagianyaa. aku bahagia untuk dorang. akhirnya dorang boleh bersama tanpa ada halangan. kalau dulu tak boleh sebab lelaki tu cuma roh, jasad sebenarnya koma.

time yang lelaki tu ucapkan selamat tinggal, aku macam 'alaaaa kesiannya. cinta tak kesampaian. kenapalah selalu berakhir dengan perpisahan?' air mata nak jatuh tapi aku tahan sebab MAK ADA KAT SEBELAH. HAHAHAHA tak macho lah kalau aku menangis. lagi-lagi menangis dalam cerita romantik -_____-

but finally dorang bersama. hehehe yelah cerita apa yang tak berakhir dengan kegembiraan kan? apapun jeajoong dalam cerita tuh handsome sangat. dengan specky dia, lol really my taste youu!!!

ohh lupa nak cakap, btw cerita Postman To Heaven ni ada keluar kat Tv9 tadi, at first dia macam slow sikit. dah nak akhir baru aku mula faham cerita dia. mana yang tak tengok lagi try lah check it out kat youtube. till then, annyeoung!!
thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment