hari yang MALANG! =_+



sekadar gambar hiasan,tapi bas yang membuatkan aku lambat ke sekolah memang bas RAPID


oh god!lama gle aku tunggu bas tadi!aku sampai kat tempat tunggu bas tu dari pukul 6.35 pagi,and bas tu sampai pada pukul 7.30 pagi! ini bermakna ia telah membuatkan aku lambat ke SEKOLAH! nasib baik x start belajar lagi,kalau x kitaorang yg lambat ni kena minta surat lewat daripada cikgu mohan la! cuma,waktu perhimpunan jea ktorang tak masuk coz lambat!

selepas habis sesi persekolahan,warga2 SMKBDP ada sesi pengenalan trek untuk acara merentas desa.so,sume kena pegi doe,HAHA aku relaks jea! coz x lari pun,HAHA aku jaga cheakpoint la!keje senang so,tgk jela diaorang lari,kesian kesian :) oke!dalam pukul 4.3o kitaorang suma da bleh balik.so,aku ngan kakak aku naik la bas untuk balik ke rumah.kul 5.15 aku ada tusyen! dan begitu lama aku menunggu kerana bas SJ nih tak jalan2 pun! arghhhh!kenapa suma bas nih LEMBAP sangat! da nak pukul 5.15 da,aku nak tusyen la wey! tapi aku sabar jea,coz ada lagi 15 minit an,bleh naik motor.tapi,x sempat la nak tukar baju.so, apabila sampai jea di rumah.aku pun cepat2 la amik suma barang yg perlu dibawa sementara kakak aku keluarkan motor.kakak aku cuba ar start tapi tak leh ouh! sudah! motor rosak kea? yes! mmg rosak ,mcm2 hal lah! akhirnya aku pun naik la bas.itupun lama gle aku menunggu! oke,apabila da sampai aku pun masuk la kat tempat tusyen aku tuh, ish! sabar je la,banyak betul dugaan apabila aku nak pandai nih!HAHA

apabila selesai sudah sesi membebankan otak,aku pun balik la ke rumah! nak tunggu bas tu bukan main lama lagi! dalam 15 minit aku menunggu akhirnya sampai juga.HAHA jap jap! bukan setakat tu jea,ada lagi meyh! bas tu berhenti sekejap di tempat perhentian bas yg slalu aku tunggu masa balik ke sekolah.berlakulah pula drama berkasih sayang antara mamat drebar dengan makwenya!marilah kt mengikuti babak2 cintan cintun nih!

boboy:saya ada nak cakap something ngan awak nih.(dalam bahasa indon!)
gugurl:apa dia?cakap je la.
boboy:malu la,(malu2 taik anjing la plak mamat2 nih)
gugurl:cakap jea,kalau malu tu tu g sana (sambil menunjukkan tempat yg gelap,kononnye nak cakap kat situ la coz aku ada sebab tu mamat tu malu nak cakap!)
boboy:x de pape la,

begitulah ye babak cintan cintun yg sangat membuatkan aku loya gle nak mampus! tapi,yg menakutkan aku,muka drebar tu dan kawan2nya macam penyangak ouh! takut jugak aku kalau kena raba ke an tak pasal2! HAHA,
so,aku senyap jea sepanjang bas tu bergerak.nasib baik x de apa2 yg terjadi kepada aku sehinggalah sampai ke simpang Baiduri.masa aku nak bayar tuh abang tu kata x payah bayar,HAHA so,aku pun cakap la terima kasih dengan nada suara yang gembira macam budak yang mendapat gula-gula,HAHA.dalam perjalanan balik ke taman perumahan aku,dalam hati aku berkata "muka macam penyangak tapi hatinya baik gle.kan bagus kalau semua orang macam tuh!" so! pengajarannya,jangan ingat muka macam penyangak hatinya jahat au! kerana ada juga muka yang hensem,suci murni yg berkelakuan lagi jahat daripada setan! ingat tu! assalamualaikum! :D





thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment