iklim di malaysia lembap dan panas sepanjang tahun . you dunno ? p terjun lombong sana , malu je kalau benda basic ni pun tak tau *geleng kepala . so , sejak akhir-akhir ini cuaca sering berubah-ubah . kejap panas , kejap hujan , kang tetiba pulak panas balik . ini menimbulkan keresahan bagi kami sebagai pelajar . auta atau fakta ?
panas - kepanasan yang mencecah 33oC-35oC mengakibatkan baju kami basah dek peluh . itu tidak termasuk dengan celah ketiak yang busyuk masyamm akibat tidak memakai deoderan sebelum datang ke sekolah , euww sangat menggelikannn -.-"
hujan - kalau hujan sekadar renyai-renyai ala-ala romantik tu dah di kira baik tapi ini hujan yang di iringi bapak petir , atuk nenek kilat sekali keluar . sampaikan tempias masuk ke dalam kelas . memang agak menyedihkan bagi sekolah yang tiada tingkap dek keganasan pelajar di sekolah tersebut .
beberapa hari yang lalu , kawasan area baiduri dilanda hujan yang agak kuat . sehingga menyebabkan payung pondok pengawal terbang , rumah aku dilanda banjir (takdelah teruk sangat) , pokok bunga sekolah aku pecah di hentam angin yang kuat , sepanjang jalan di SMKBDP di penuhi tanah yang berlumpur , bendera yang tergantung cantik di dinding putus talinya . dan yang menimbulkan tanda tanya apabila terdapat beberapa kelompok tanah berlumpur di dataran perhimpunan . sejak bila pulak hujan turun bercampur dengan air lumpur ?
perkara ini sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa kurangnya penjagaan kita terhadap bumi . seperti yang anda tahu , panas yang melampau akibat daripada aktiviti harian manusia seperti penggunaan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan lapisan ozon . selain itu , suhu bumi meningkat di sebabkan mak bapak , pakcik makcik kita yang selalu melakukan pembakaran secara terbuka .
whatever it is , aku still bersyukur dengan apa yang di kurniakan oleh Allah ;)
unknown : ya allah , panasnya hari nii ! *sambil kipas guna tangan
unknown : haishh , kau ni . panas salah , sejuk salah !
unknown : senyap seribu bahasa . . .
yang benar ,
Nurul Jannah bte Abdul Aziz
(setiausaha kelab geografi, Muahahahaha)
0 orang budak comel:
Post a Comment