Hari bersejarah yang paling kabut ~.~


helloooooooooooooooooooooooooooooooo! miss me????????? no??! okay bye, kahkahkah sorry coz not update my blog for a long time. kikiki iteww busyy ahh. budak SPM lah katakan. pfftttt aku benci dengar perkataan SPM. SPM! SPM! SPM! kbyeee aku nak terjun bangunan *lifeless*

peringatan! entry ini mungkin akan berjela-jela sampai korang mengantuk baca tapi nak buat acano kan? memang banyak perkaran yang berlaku. pahit+manis+kelakar semua ada. so, aku akan cerita dari satu cerita ke satu cerita. okay jom start!

sampai sekolah memang berdebar-debar lah kan. tengah elek-elek dengan kawan aku datang Kechik, dia tanya pasal kunci bilik pengawas coz nak amik blazer. aku macam, what the hell???!! KUNCI?!?! MY GOD AKU LUPA NAK BAWAAAA . time tu aku rasa memang bangang gila nak mati. rasa macam nak terjun lombong. rasa ketua yang tak bertanggungjawap pun ada. kelam kabut aku capai beg sampai tertumpah air soya kat atas meja kantin. tak memasal aku terjerit kat kantin tuh. duhh -,-

then Kechik ajak pergi jumpa cikgu Zarina maybe dia bawak kunci spare. sekali cikgu cakap, 'cikgu dah bagi kat Tham' maknanya kunci tu jelah yang ada, MANA ADA KUNCI SPARE. WTF? sekali Syafiqah cakap, kau guna motor aku pergi amik kunci tu sekarang. aku pun macam .... errr serious? hmm terpaksalah nampaknya. dalam kes ni semuanya salah aku. haihh =o=

dalam kelam kabut aku pun keluar sekolah dengan Kechik. memang time tu aku rushing gila, cuak jugak kalau tak sempat. aku cakap kat dia 'Kechik nak ikut ke? better tunggu kat sini. surenya aku bawak laju kang tak memasal accident dengan kau sekali kena' LOL nampak tak di situ yang kemungkinan aku akan bawak motor macam pelesit? nak kejar masa punya pasal

sampai kat motor aku pun amik helmet kat box belakang motor tuh. dari dulu aku memang lemah bab kunci box tu balik, pffttttt di sebabkan aku rushing gila-gila aku tak tutup box tu pun. biar je box tu terbuka. gila tak aku? lepas tu terus aku pecut. otw tu memang ramai van/parents yang bawak pelajar. dalam perjalanan aku terfikir 'bapak gamble je aku bawak motor pakai skirt' time tu senior di wajibkan pakai kemeja and skirt. aku pun macam , haihh memalukan dengan box yang terbukak je memanjang bila aku langgar bumper. shittt, malu gilaaa siaaaaaaaaaal =o=

sampai rumah terus aku lari dengan baju basah dek peluh kabut punya pasal. Muahahahahaha aku check kat beg, haihh mana kunci ni? bukan semalam aku letak kat sini ke? WEH, MANA KUNCI? DAH LAMBAT GILA BABI NIH!!! turun tangga aku tanya mak aku, 'mak nampak kunci tak?' mak aku cakap 'mana la aku tau. kau yang letak bersepah' haihh dah la mood aku tak stabil sekarang nih. pastu naik bilik balik. aku try ingatkan balik dalam masa yang singkat. memang time tu aku rasa nak give up je. rasa macam nak call cikgu, 'cikgu saya tak jumpa kunci. sorry for everything' ayat tu da berlegar dalam kepala but suddenly 'HAHH, KUNCI TU ADA DALAM BEKAS LAH' then terus jumpa. Alhamdulillah :')

terus aku pecut balik sekolah. lantak lah box belakang tu nak tercabut ke apa. tak kesah la dorang pandang aku pengawas yang tak bertamadun ke apa coz bawak macam pelesit. kesah apa asalkan dorang dapat pakai blazer tepat pada masanya!!! tu je yang ada dalam kepala otak aku. sampai sekolah Kechik dah terpacak kat depan pintu pagar. sekali aku cakap kat dia 'Kechik, kau naik dulu. aku nak parking motor ni. lari tau!' HAHAHAHAHA dah macam larian balapan pun ada. serious lawakkk!!

part ni tak best. aku try kunci box tu still tak boleh jugak. sekali aku tinggal kan je. terus lari naik atas dengan termengah-mengah. penat gila tau tak? memang time tu aku berpeluh sakan lah. sampai kat atas aku tengok semua dah beratur. sekali dengan barisan pemimpin. semua dah sedia cuma aku sorang je baru terhegeh-hegeh nak pakai blazer and duduk kat tempat aku yang sebenar. aku tanya kechik 'eh, dorang tau ke apa yang berlaku?' Kechik cakap maybe senior je. fuhh, dalam hati aku lega. kalau yang lain tau memang mampus aku. memalukan jewww~

sementara nak tunggu pegawai polis tu datang aku cerita A to Z dengan Sabri. kebetulan dia duduk sebelah aku. memang lawak ah cerita dengan dia. kurang ajar betul dia gelakkan aku. sedih gila okayyy! pastu aku cerita yang time baru sampai sekolah tu Natasha cite kat aku yang malam tadi dia mimpi aku jatuh tangga time amik watikah. perghh, lagi satu bala. MACAM MANA KALAU BENDA TU BETUL2 BERLAKU? MACAM MANA KALAU NANTI AKU KENA GELAK DENGAN ORANG RAMAI. fuhh siot. Sabri bantai gelak. Kuang ajoo =o=  first, dah la pengawas yang paling awal ambil watikah. second, aku orang first yang cikgu panggil. memang bala betul. tapi alhamdulillah benda tu tak terjadi. aku awal-awal dah angkat kain yang sikit lagi nak londeh tuh. lol

setakat tu je kisah memalukan+kelakar+pahit+manis yang berlaku pada hari tersebut. selepas itu semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah sekarang aku officially Ketua Biro Keceriaan. memang sesuai dengan aku yang sentiasa ceria. hehe InsyaAllah saya, Nurul Jannah Bte Abdul Aziz akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan memberikan contoh yang baik kepada junior saya. heee kerek tak? wink winkk ;)

 tabik hormat ;)
 aku kat belah kanan hujung sekali. nampak ke? -______-
 AJK tertinggi
 korang takkan nampak aku, Muahahaha
 auwww auww, gedik! LOL
 hey pengerusi. hey naib pengerusi ;)
 weyy, pengerusi bhai *jelly*
 yeobu pun jadi pengerusi jugak *jelly*
 time bacaan ikrar
 ketua and penolong ketua pengawas ;)
 cikgu pengawas. stylo gila gambar nih. cikgu taknak buat DP facebook ke? lol
 OMG~ my faceeeee =o=
 candid
 smart, hehe
 friends~
 omeynya nabila. cer tgk hidung dia. Muehehehe
 thanks to hazlin and awin. sorry banyak cilok gambar dari album korang (Y)
 with taiko form 4. gerun bhai~
with my junior. ni semua ahli biro keceriaan ;)

last but not least *drum roll*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

please don't blame me. sebenarnya aku jarang cakap dengan dia. tetiba gambar ni di ambil secara spontan. HAHAHAHAHA lawakk!



thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment