Ahhh bosan!


Ahhh bosannya.. ayah tukar channel, tak muda remaja lah ayah nih. habis peluang aku nak tengok running man. mata pun tak ngantuk lagi nih. sbb tu beralih ke blog, terasa nak membebel. jangan terkejut aku update blog malam buta nih. please jangan cakap aku ni dah nyanyuk ke apa. umur aku belum pun mencapai 18 tahun. lagi 13 hari je baru cukup 18 tahun *sempat lagi promote*

Ahhh bosannya.. sekarang memanjang isu pasal politik je. bukak berita tv3 cerita pasal pas masuk bn. bukak tv9 berita pasal masyarakat kutuk anwar ibrahim nyanyi lagu tanya sama pokok

'tanya sama pokok kenapa najib goyang, nanti jawap pokok sabah nak hilang'

what the hell? kenapa sekarang orang dah tua bangka berperangai serupa macam kanak-kanak7 umur 7 tahun? euwwww aku pun tak faham apa masalah anwar ibrahim ni sampai nak melaga-lagakan masyarakat. kitakan ONE MALAYSIA. hamikkk kauuu!

apapun aku yg baru setahun jagung ni tak patut masuk campur masalah mengenai orang dewasa nih. akhir kata 'SAYA PILIH MENGUNDI' *ayat aku 3 tahun akan datang*

Ahhh bosannya.. asyik plan nak hang dengan geng tapi haprak pun tak ada. fine aku faham semua busy dengan kerja tapi semua yg aku plan tak menjadi. badi apa yg melanda kami ni sedangkan kami buat perkara baik bukannya rancangan jahat ke apa. niat ktorang baik, nak berjumpa and menguatkan ukuwah yg sedia ada. ahh sembang lebih lah kau Jannah -______-

Ahhh bosannya.. result SPM lagi berapa hari je weh. tapi aku boleh lek countdown birthday myung soo bukan countdown SPM. boleh tak aku nak cakap yg aku langsung tak cuak? mampus kena bebel dengan cikgu and mak aku kalau dorang baca nih. kahkahkah

tapi honestly, cuak tu memang ada. aku tengok orang lain duk tweet takut kejadah walhal aku boleh lagi gelak tawa tengok running man tengah malam. orang lain menggigil bawah selimut sampai mimpi dapat semua fail dalam semua subjek. aku watlek wat peace

'kau tunggu jannah time menghadap cikgu nak amik result, terkencing terberak kau Jannah. kau tunggu je' *glup*

Ahhh bosannya.. duduk rumah jaga solehan, safwan and sofea dah serupa orang lifeless pun ada. ini bukan diri kau Jannah. dulu kau pantang ada masa kau berjalan je kerja sampai lupa belajar lupa semuanya. what happend to you Jannah? that's not you!!!

hehhhh shut up sekalian. apapun aku dah matang sekarang. usia masih rendah tapi berfikiran dewasa. cehhhh aku kesian tengok mak aku kena jaga sampai tiga orang. nak kena amik safwan lagi kat tadika. takkan nak angkut baby and sofea time amik safwan pulak? hmmm sumpah aku tak sampai hati. nampak tak kebaikan aku di situ? tapi setiap akhir bulan aku dapat upah RM50. NAMPAK TAK PERMAINAN DIA DI SITU?

kerja? tak terfikir nak pegang duit sendiri? haishhh sentap sekejap aku. siapa taknak pegang duit sendiri kan. time cuti bolehlah ajak kawan lepak kat tutti frutti, gelak sana sini sampai terkeluar anak tekak. shopping beli kasut baju tudung, kalau boleh satu kedai nak borong kan. siapa taknak? aku nak kerja tapi aku nak kerja yg ada uniform, gaji masyuk, kerja tak lebih dari 4jam, ada transport, gaji dapat setiap hujung minggu bla bla.. ada ke kerja macam tuh? *alasan je lebih padahal taknak kerja* LMAO!!

Ahhh bosannya.. sekarang ni group kpop selalu datang kat Indon. sumpah aku tak faham kenapa dorang lebih pandang Indonesia daripada Malaysia? please someone bagi tau aku kenapa. yang paling aku tak faham dorang datang kat Thailand tapi tak singgah kat Malaysia walhal Malaysia and Thailand hanya sempadan. apalah gah sangat Thailand berbanding Malaysia? please someone tell me -______-

act aku bengang sebabb music bank buat kat Jakarta tapi bukan kat Malaysia. errr i really don't understand!! andd!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hah amik kau banyak tanda seru. paling aku bengang tahap nak gigit orang utan INFINITE pun ada. hmm tau tak betapa terseksanya jiwa raga aku? betapa terseksanya batin aku? wahh melampau. whateverlah. yang penting semua member Infinite sihat sejahtera and semakin famous amos dengan join music bank in Jakarta tuh -_____- asalkan dorang masyuk banyak dapat duit, tu pun dah boleh buat aku happy *bright smile*

Ahhh bosannya.. takde boyfriend!!! hahh yang ni tersangat lifeless!! takde bf pun takpe, Myung Soo ada pun dah memadai :)

sejuta kali tengok muka dia pun aku takkan bosan. hye myung soo!! *lambai tangan*



thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment