THE BEST PARTY EVER (!)


date : 12.11.2010 , jumaat
time : 2.30 - 6.45 petang
place : The Park , Alam Damai
theme : black and white with baju kelas BGOC

sorry , baru hari ni aku nak cer . terasa malas la pulak , hehe btw , hari tu memang gila gempak la . happening gila wa cakap sama luu . okay , biar aku cite dari awal hingga akhir , hoho
__________________________________________________________

kalau korang nak tau aku dengan ean orang first yang sampai kat The Park . mana taknya aku ditugaskan untuk menge-cop tempat tuh , hahaha and ean pun tumpang motor aku . dalam pukul 12.30 macam tu aku da sampai . otw tu sempat plak terserempak dengan kereta nabilah . tu mesti nak amik kawan2 aku yang lain kat rumah mira k , haha sampai je sana , apa lagi . sempat plak captured gamba . kebetulan aina pun da sampai ..






and then lepas nabilah and the geng sampai . amik sume barang2 kat bawah bawak naik atas . perghhh (!) bukan main banyak gila barang . penat aku nak mengangkut . kawasan tu da lah berbukit . mau kurus aku macam nie . hahaha lepas da kemas2 sume aku , ean , aina g taman kat situ . saje nak borak2 , hoho pastu mira k panggil . suruh solat zohor , hoho baik tak ktorang ? so , jalan beramai g kat masjid Alam Damai . solat zohor kat sana . lepas da solat ktorang g The Park balik . tengok da ramai yang da sampai . budak lelaki pun ada yang da sampai . mesti dorang baru balik daripada solat jumaat . good boyy (!) hahaha

dalam pukul 3 lebih ktorang da start majlis . safwan baca doa sikit then mula lah ktorang huhahuhahuha kat sana . mula2 snek time . act ktorang rancang sambil makan snek sambil tu ada persembahan . di sebabkan tiada volunteer so ktorang just makan sambil borak . dorang sebenarnya nak nyanyi tapi segan macam aku , kahkahkahh . budak lelaki plak siap bawak gitar sume but segan nak buat performance , heee lepas da makan snek , habis semua snek yang aku dgn pyka beli kat giant . duhh , kantoi , hahaha




aktiviti yang seterusnya ialah main bola beracun , hoho mula2 budak lelaki yang main . team safwan lawan dengan team SRK . haha lawak doe dorang main . sakit perut aku gelak . hahaha budak perempuan plak buat satu bulatan and budak2 lelaki main kat dalam bulatan . akhir sekali geng SRK menang lepas si zaki kumpulan safwan da kena hentak dengan bola . hahaa kesiannnn :') okay , lelaki dah . and now budak2 perempuan plak . adoi , kecut perut bhai . geng aku lawan dengan geng nabilah . cuakk bhai . geng nabilah sume ganas2 lagi si khalida tuh . aduh , takut nyahhh --"


[ my geng ]

kau tau aku second perempuan yang kena bola . terkejut aku time si pyka baling bola kat aku . aduhh , aku da mati bhai . awal game plak tuhh . takpe , aku bagi sokongan moral kat team2 aku yang lain . so , memekak2 la aku bagi sokongan kat dorang sampai tekak aku sakit . derr~ sengal tul =..= last2 teamn aku menang . menjerit tergedik2 la ktorang , hoho pastu dorang cakap team lelaki yang menang lawan team perempuan yang menang . means team aku lawan team SRK . aduh mak , ketaq kepala lutut bhai . dorang da lah main ganas . aku just boleh berdoa jelah dalam hati kot2 mana la tau bola tu kena baik punya kat aku , hahaa

so , mainlahhh . macam biasa aku awal2 da kena attact dengan si SRK . shittt =..= sumpah tekejut beruk aku bila tiba2 aku nak attact si srk tapi dye attack aku balik . aku tak reti nak protect diri aku . so aku surrender jelah daripada kena teruk kan . tapi aku memang tabik spring gila dengan aina . main gila power doee . sampaikan semua budak lelaki cuak bila bola ada kat tangan dye . and then aina la paling banyak kena attact tapi minah ni tak mati2 doe , LOL apa ilmu yang budak nih pakai entah , hahaha aku kat luar da tergelak-gelak dahh . nak tau spe menang ? of coz ar budak lelaki kann. kalau team perempuan yang menang memang memalukan la kan . alahh , tu pun aku saje je bagi menang , haha amboi , poyo je jannah nihh . hahaa

lepas tu plak , aktiviti yang ditunggu2 oleh kaum lelaki ..

TIME TO EAT BEBEYYY :)

tetiba plak aku disuruh untuk agihkan lauk sume . perghh (!) sabar jelah aku kann . dorang plak banyak kerenah . nak ayam besar lah , nak kuah lebih lahh . haishhhhh , sabar jannah . sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman . ngeheee . baget ? memang pun , huhu :) time makan semua senyap . mana yang buat persembahan tarian semua pegi taman permainan . our sifu , khalida tak bagi ktorang makan . nanti perut senak time menari . so , dengar jelah nasihat sifu ktorang tuh . aku plak kena temankan aina makan . sian dye makan sorang . kan aina kan? :) makanan ktorang tempah kat mak SRK . ktorang tempah yang simple2 jea iaitu , nasi ayam and tomato . lauk dye kari ayam , ayam masak merah and acar sayur . alah lebih kurang macam makanan tuk kenduri kawin . cuma nasi minyak je takde , hoho save duit sikit bila tempah kat mak SRK , hoho btw , mak dye masak memang SUPERB lahh (!)


lepas da makan ktorang rest kejap . and time persembahan (!) budak2 lain semua tak heran . tapi ktorang lagi tak hadap nak suruh dorang tengok . so , niat ktorang just nak rakam persembahan tuh untuk bila tua nanti boleh tengok balik . alasan boleh ikut logik tak ? errr , whateverr . aku da merabann =..= macam biasa tarian coed school , too late yang ktorang buat . selama 3 hari ktorang berlatih untukk bagi perfect tau . begitu besar pengorbanan ktorang , hahaha lepas da buat tarian coed ktorang buat bulatan then ktorang menari tarian Bbiribbom Bberibbom . coed school jugak . saje je bagi happening . lagi pun tarian dye cute . tak caya ? kau try tgk kat youtube , hahaha pertama kali aku tengok pun da cair . lebih2 lagi bila tgk costume dorang . comel sangat (!) >.<


comel kan ? grrr , cakap la comel sengal (!) :DD


[ too late]


[ Bbiribbum Bberibbum ]

and the favourite part . ktorang buat photoshoot kat sana . tangkap gamba dengan semua budak CEKAL aka BGOC :) suka gila tau tauu . nasib baik si syazwan bawak kawan dye yang aku tak tau nama dye apa . haha tapi muka kenal lahh , hoho dye jadi photographer kejap . guna camera nikon numan . auww , i loikeeeeee




lepas da puas captured gamba ktorang main belon air plak . hoho the favourite activities . auww auwww :) aku tgk dorang da start baling belon semua . so aku dengan jujur amik la belon air tuh . last2 aina baling belon tu kat aku. kuang ajar punya minahhhhh (!) grr , aku da bengang . terus amik belon tu baling kat dye balik . amikk kau , siap jelir lidah lagi kat dyee . kawan2 aku yang lain da lintang pukang lari takut baju basahh , hahahaha berebut2 ktorang amik belon sampaikan sekejap je dah habis , hahaha nasib baik aina baling bawah doe kalau tak habis baju aku basah . aku tak berapa marah sangat coz kasut aku je basah , hahaha dorang da terjerit2 macam orang histeria , hahaa lawak doeee . pecah perut ktorang duk gelak tak habiss2 . hahaa kawan si qoyie , honey (bukan 3 cekal) pun kena baling . hazlin lahh , tanpa rasa bersalah main baling je kat dorang . act dye nak attact si SRK coz SRK duk nyorok kat belakang dorang . amik kau , dengan si honey2 tu sekali kenaaa . hahaa



masing da penat coz duk lari sana sini . so ktorang decide nak balik . lagipun time tu da nak dekat 6.45 dahh . mampus kalau parents dorang mengamuk , hahaa act ktorang agak terkilan coz ustazah ktorang , ustazah syafini tak dapat hadir . aduhh , but nevermine . maybe ustazah busyy . nasib baik ustazah ada call ktorang , ustazah bagi tau yg dye tak dapat hadir . yang peliknya , ustazah call hp syazwan ? hahahhaa lawak bhai . tau la si syazwan tu anak murid kesayangan ustazah . bak kata cikgu nafsiri , si syazwan tu kurang kasih sayang . sebab tu ustazah care dengan dye gila-gila . hahaha just kidding beb :)


dalam pukul 6.30 ktorang da start kemas2 barang . kutip sampah mana yang patut . kang tak pasal2 kena sound dengan pakcik sapu sampah tu kang , hahaha sempat plak bincang pasal duit lebih jamuan tuhh . dorang rancang nak tgk wayang but tak sure lagi . kalau jadi satu wayang tu ktorang tempah KHAS untuk budak 3 CEKAL sahaja . mesti gempak kan ? huhu suka sukaaa :DD dalam pukul 6.50 aku dengan ean da blahhh . sampai rumah aku terus bukak novel then baca . da penat terus tido . takde masa aku nak on9 , penat doeee =..=



btw , memang best gila la jamuan hari tu . ktorang siap dapat mug lagi untuk kenang-kenangan , hoho aduhh , sedih plak bila ingatkan skolah lagi berapa hari lagi . lepas tu cuti . tu pun tak sure tahun depan dapat jumpa lagi ke takk . maybe ada yang pindah MRSM,asrama,teknik and so onn . apapun , hari tu memang gila gempak lahh (!) tak sia2 aku,nabilah,pyka,khalida,mira k,ean,shiera,huda and budak perempuan yang lain duk bertungkus-lumus nak siapkan jamuan yang gila simple tapi SUPERB nih (!) memang sweet memory gila . satu hari ktorang buat muka tak malu even ada orang yg jogging kat situ kan kann ?

i will miss this moment . sumpah memang kenangan yang tak boleh dilupakan . THE BEST PARTY EVER (!) i love you cekal . you guys always in my mind and hopefully we are still friend forever and everr. cewahhhh :')

the other picture : tgk la sampai muakk , haha














GENG KITAA ♥



i love you , CEKAL (!) for the second time , i will miss this moment ♥



thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment