AROUND THE WORLD



perghh , tajuk nak hot je kan . around the world la sangat . hahaha act hasrat aku yg satu ni da tercapai . hasrat apa ? hahaha scroll down la brothaa ..

l
l
l
l
l
V


kau nampak kan perkataan cosmo world tuhh ? kalau kau tak nampak , sah2 mata kau buta . kahkahhh okay , act aku nak berterima kasih kepada someone kerana bayaran tiket masuk telah ditanggung bersih oleh ayah dye . haha bukan murah bhai , harga dye dalam RM 37 . der , kalau aku jangan harap nak membazirkan duit semata-mata nak masuk tempat macam tuh tapi aku teringin nak pergi . hurmm , macam mana tu ek ? hahaa fyi , bukan setakat ean je yang pegi dengan aku . adek dye and makcik dye pun join , huhu baru meriahh doe ^__^

so , main la segala permainan dalam tuh . sampaikan permainan untuk kanak2 pun ktorang main . haha lawak lawakk . firstly ktorang main roller coaster . duh , kau tau jantung aku rasa macam nak gugur jea wehh . da lah laju semacam , pastu plak jalan dye berpusing2 . kalau ikut hati aku , tak pasal2 muntah aku wehh but aku tahan jea . kang tak pasal2 setahun aku tak jejak TS sebab malu punya pasal . haha

permainan yg buat aku tak tidur malam of coz ar space attack . memang sesuai just perlu tukar space tu kepada heart attack . sape2 yg takde heart attact bila main game ni secara automatik akan diserang heart attack . nak tau sebab apa ? kau akan rasa macam jantung kau tertinggal jea . sebab game ni berpusing 360 darjah . oh-my-god , sepanjang benda tu berpusing . hanya jeritan sahaja yang dapat menggambarkan betapa takutnya nak naik "benda alah" tuh =..= grr , sumpah , tu first and the last aku naik benda tuh . menyesal plak aku naik , tak pasal2 kepala aku pening dan tekak aku rasa mual . eeee , seriau plak bila aku fikir balik

fyi lah , aku ni memang cepat pening . kadang2 walaupun aku naik buaian pun aku boleh rasa pening . haha macam bodoh jea (!) dalam pukul 8 malam ktorang da kuar . ktorang main kejap je coz ktorang masuk cosmo world tu dalam pukul 5 lebih . tapi memang enjoy la , haha cuma space attack tu je meng-spoilkan . lepas main benda alah tu aku da fobia nak main game lain . haha kritikal betul penyakit aku nih , LOL

and then ktorang jalan2 jap kat dalam times tuh . dalam pukul 9 lebih ktorang da blahh . aku tunggu parents aku amik coz lepas tu ktorang satu family nak keluar jalan2 . huhu ean plak tunggu abang dye amik . lepas parents aku sampai , ktorang g dinner kat kampung baru . makan kuey teow kerang . aduh mak , sedapnyaa . haha ikan keli bakar pun ada . my favourite (!) huhu lepas da kenyang , ktorang jalan2 kat situ jap . lepas tu blah g bukit bintang

family aku memang suka merayau waktu malam . yelah , kalau siang tak best . panas plak tuh . so better keluar malam lah coz cuaca pun sejuk , aman , damai . haha poyo's (!) btw , waktu malam memang time bangla2 shopping eh ? tak tau plak aku . haha memang time tu bangla jea banyak . woahh , sekarang bangla2 da maju wooo (!) nak shopping kat BB jea . hahha tapi malam tu memang banyak sale . mak aku pun tak melepaskan peluang untuk shopping , haha

dalam pukul 12 baru ktorang balik sebab esok ayah aku keje pagi . kalau tak mesti berlarutan sampai pukul 2 pagi . biasanya memang macam tu lah . huhu selalunya ktorang lepak kat KLCC . best woahh , lepak malam2 kat sana . boleh buat sesuka hati korang . kalau aku , of coz la tak melepaskan peluang tengok fashion2 yang tengah hot sekarang . haha sengal . so that's all for today . tata guys :)
fyi , cosmo world bukanlah satu tempat yang sesuai untuk dating kerana korang just akan memalukan diri sendiri di depan bf korang . haha mana taknya , korang akan menjerit memanjang macam aku (!) kahkahkahkahh :DD



thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment