1Murid 1Sukan 1Malaysia


assalamualaikum

tajuk standart lah kan , dah tentu-tentu lah aku nak story pasal sukan tahunan sekolah macam budak-budak yang lain . as usual BENTARA menang buat kali yang ketiga secara berturut-turut . ya allah , aku gembira campur excited bila cikgu umumkan bentara menang . sebab pada pemikiran aku and hazlin (penyokong setia rumah bentara sebegitu juga aku) tahun ni MAYBE bentara tak dapat merangkul gelaran juara di sebabkan kebanyakkan atlet bentara semua dah pindah . almaklumlah , pandai kan .

so aku dengan hazlin tak mengharapkan sangat . sedih sangat waktu tuhh ! tapi ktorang still bagi semangat yang padu bagi mereka yang terlibat . larian 4x100 , 4x200 sanggup aku duduk tepi padang yang bahang panas bukan main semata-mata nak bagi semangat kat dorang . punya lah aku menjerit sekuat yang boleh , go bentara ! you can do it terumata sekali kat seorang mamat ni . dulu dia rumah temenggung (kuning) tapi sekarang dah tukar rumah bentara . dulu aku minat dia tapi lepas dia dah reject aku dulu terus sampai sekarang aku benci dia . benci dia ? HAHAHA takde motif kot :'(

dulu bila sukan tahunan aku selalu duduk kat tepi trek tengok dia lari walaupun dia rumah temenggung . takpe aku khianat sekejap je lepas tu aku sokong bentara balik #BOLEHPULAKGITUUU hmm tapi sekarang dia dah ada makwe , malas lah kita nak kacau dia .

keputusan di umumkan selepas pertandingan tarik tali lelaki dan juga perempuan . yang membuatkan aku bangga rumah bentara tercalon untuk tarik tali lelaki dan perempuan . alhamdulillah tarik tali lelaki menang nombor first macam tahun lepas . perempuan dapat no second macam tahun lepas . susah betul nak kalahkan tarik tali rumah laksamana , ishh dari tahun lepas lagi -..-

habis je pertandingan tarik tali terus aku duduk kat khemah rumah bentara tanpa banya bicara sekali aku heret ean and tasha duduk padahal dorang bukan rumah bentara . takpe , menyamar kejap . guess what ? bentara dapat khemah paling tercantik . first pulak tuh . aku dengan hazlin macam , ohh myy godd ! aku tak percaya . khemah rumah laksamana is more better than bentara . but macam mana boleh menang ? hmm maybe rezeki , malas nak comment

then kawad bentara dapat no 4 . aku menangis dengan hazlin sebab dulu bentara selalu dapat no first ni down terus dapat no 4 . akhirnya keputusan yang ditunggu-tunggu , debar di hati tak terkira hanya doa yang di panjatkan agar bentara terus merangkul gelaran juara supaya maruah tidak tercalar . maruah tu yang penting ! macam biasa last rumah laksamana di ikuti dengan rumah bendahara . third syahbandar . dalam hati aku cakap 'JYEAHH , BENTARA MESTI MENANG ! BENTARA MENANG !' sebab musuh utama bentara tahun ni syahbandar . bila syahbandar dapat no 3 dah tentu-tentulah bentara menang kan . and yeahh . bentara menang . tak sia-sia tekak aku sakit menjerit terlolong macam orang gila


ahli formasi 2011
kawad rumah sukan bentara *adek aku yg buat tangan 'talk to the hand tuh' hihi
i miss this time ;'>
seorang kurang , where is jie ? :'(
larian 1Malaysia
tak sah kalau bentara tak buat aksi panjang-memanjat ;)
team basikal bdp . dorang cycling dari bukit belimbing youu ;)
formasi 1Malaysia . cari mana aku , kalau jumpa aku bagi gula-gula seposen 2 . hihi


kenangan tahun lepas , bentara jugak menang ;)
bersama orang kuat rumah bentara , hikhik ;)
cikgu resah menanti keputusan , hihi
tarik tali lelaki , first bhaii
piala untuk khemah tercantik ;)
BENTARA MENANG !
wehuuuuu ! ^^
alhamdulillah , tahun depan menang lagi okayy ;)
muka kegembiraan selepas bentara diumumkan pemenang . *hazlin nangis, HAHAHA

till here , tu je yg aku nak cerita . bye , Muah pipi kanan kiri <3
gembira aku bila bentara menang . selagi aku ada kat smkbdp selagi tu aku akan pastikan bentara menang ! JYEAHHHH 


thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment