a little love . yeah by fiona fung . lagu ni yang aku letak kat blog aku sekarang . aku rasa macam lagu ni istimewa sangat . sebab ? aku kenal lagu ni bila first time jejak kat blog kak zainoora asmira . alah , gf kepada kumpulan E.G.S Monster yg showdown 2011 tuh . tapi sayang coz awal-awal dah tersingkir . takpe , nanti cuba tahun depan tau tauu . dulu kan aku couple dengan MR A tuh . so terbuai-buai jugak perasaan tu bila dengar lagu ni , Muahahahaha
aku suka sangat lagu ni . aku rasa lagu ni memang sangat bermakna dengan lirik yang sangat sweet . apahal tetiba feeling aku nih ? hahah soryy , sorry .
selamba badak aku je letak gambar dorang , hihi but don't worry . aku dah minta permission tapi amik dulu baru bagi tau , kihkihkih harap tak marah eh kak coz kesian pulak dorang nanti nak google tak kenal akak yg mana satu . blog pulak dah private , hihi ^^
aku bukan nak ceerita pasal kak zainoora asmira yang sweet tahap gaban nak mampus tu tapi pasal C.I.N.T.A . kak zainoora tu aku jadikan contoh sebab aku rasa insyaAllah sampai ke jinjang pelamin lah nampaknya . aku tgk dari dulu memang padan habis dia dengan hubby dia . sorang comel sorang lagi handsome ! sape taknak ada pakwe yang pandai menari breakdance ? haishh , kalau boleh aku memang nak cari bakal suami macam tuh , ecececehhh . gurau je ^^
nak harapkan kakak aku ? memang harapan lah . dulu bukan main lah kan , siap janji bagai nak kawin and i was like pfftttt . budak lagi pun dah fikir pasal kawin . tapi sekarang dah clash . what the heck ? tak ke membazir masa selama 1 tahun kenal bagai tapi hubungan terus putus gitu je . bapak senang je couple kalau cenggitu . menangis bagai nak rak tu tak payah citer lah kan . memang melalak siang malam , kadang-kadang aku pelik . masuk bilik menangis , malam-malam menangis , kat mana-mana menangis . sampaikan , sepupu aku yang aku anggap macam abang sengaja kacau dia . time tu kat cc . sepupu aku tu membebel pasal edyy bla bla bla tetiba dia menangis . what the heck ? malu betul ktorang tetiba je dia menangis padahal bukan dia seorang je dalam cc tu tapi ramai lagi . tu lah penangan cinta
tu baru intro , lol semalam aku tweet pasal cinta . aku cakap cenggini , "apa yang hebat sangat kalau couple? ceciter ceciter" memang terkejut aku , ramai jugak yang bagi respond kat facebook . ada jugak yang bagi reason . aku memang terima coz setiap orang ada pendapat yang berlainan .
act , aku ni memang sikit ilmu pengetahuan pasal cinta . aku pun bukannya banyak kali couple macam sesetangah tu yang couple clash couple clash couple clash . sampai tak cukup ruang aku nak tulis , Muahaha aku bukan perempuan yang jenis cenggitu . lebih-lebih lagi lepas kejadian C.I.N.T.A aku yang lepas . perghhh , kemain pedih hati aku bagai ditusuk sembilu . ecececececehhh -..- hampir 2 minggu jugak aku merana , sekejap menangis , sekejap menangis . euww , terasa macam mengada-ngada pulak . tapi tu lah kenyataannya . aku memang rasa down sangat . lebih-lebih lagi bila dapat tau yang dia tu tipu aku hidup-hidup . lagi aku rasa down . tapi tu semua zaman-zaman aku tak faham erti 'cintan-cintun' ni . zaman aku tengah bodoh-bodoh lagi .
sekarang aku dah tak fikir dah pasal cinta . single is better . takdelah , aku ni asyik menangis tak tentu hala sampai setiap hari mengadu kat kawan itu ini sampai kawan aku sendiri dah naik menyampah . 'eh , kau tau tak semalam kan bf aku chat dengan perempuan lain' . 'eh , semalamkan bf aku langsung tak mesej aku . satu malam aku menangis' . AHHHH , PERSETANKAN ITU SEMUA ! wahh , tetiba emo . hikhokk
tapi tulah kenyataannya . ada jugak pasangan couple yang sampai ke jinjang pelamin . tu kes lain macam kak zainoora asmira tuh . ikut jugak kalau pasangan couple tu jenis yang dua-dua tak banyak masalah , dua-dua jenis yang suka antara satu sama lain , dua-dua jenis yang tak menipu , dua-dua jenis yang tak setia dengan pasangan . insyaAllah , kekal sampai ke anak cucu . hihi tak boleh blahh
tapi bagi aku , aku memang tak percaya 'cinta monyet' atau di kenal sebagai 'cinta budak sekolah' . kalau setakat form 1, form 2 tu . euwww , naik geli bulu ketiak aku dengar . err , sensitif ! LOL tu lah aku . nak kata aku takut dengan cinta ? entah lah , agaknya lah kot . aku memang serik , fobia dengan kisah lama . kalau ikut hati aku yang tak waras memang aku dah lempang dua-dua budah bertuah tuh . tapi prinsip aku , 'biar orang buat kita , jangan kita buat orang' . kau tipu lah aku banyak mana kau nak , kau sakitkanlah hati aku sampai kau puas , kau buatlah kau buatlah . sebab aku tau tuhan tu maha adil . satu hari nanti tuhan akan balas . aku langsung tak risau pasal tuh ;)
aku rasa aku tak perlukan lelaki dalam hidup melainkan seorang suami pada masa depan . tapi aku tak menolak takdir kalau suatu hari nanti ada terjumpa lelaki yang baik untuk aku . sekarang matlamat aku hanya belajar , SPM nak dekat . walaupun aku selalu main-main kat sekolah tapi aku selalu fikir pasal masa depan . aku yang aku nak buat , apa yang aku kena capai , semuanya lahh .
lelaki tak penting . kawan lagi penting ! kalau kau ada masalah bf kau takkan dengar semua masalah kau melainkan kawan kau sendiri . kalau kau sakit bf kau takkan bantu kau melainkan kawan kau sendiri . kalau kau duduk rumah sorang-sorang bf kau takkan datang temankan melainkan kawan kau sendiri . gila apa ? kang kena tangkap basah mati mak kau kejakan , hihi tapi semua tu ikut jugak kalau bf kau tu baik tahap kuasa 10 .
sekarang aku bahagia . bahagia sangat-sangat ! alhamdulillah , syukur kepada Allah . satu je petua yang aku selalu amalkan kalau dalam kesedihan . selalu senyum ! selain senyum itu satu sedekah , dengan senyum korang dapat berfikiran dengan lebih positif dan sentiasa ceria . menangislah , jika kau fikir itu jalan yang terbaik untuk melepaskan segala bebanan di bahu
k , that's all for today . terasa macam berceramah pulak hari ni . aku dah penat dengar kawan aku asyik menangis pasal bf . eeeeee , muak aku tau tak ? pasal benda bodoh pun menangis , tu keje bodoh je . buat bazir air mata , buat penat mata je nak menangis . ahhh , secara tetiba aku pulak terlebih tension bila dengar kisah tragis dorang nih . apapun sentiasa senyum k ? hihi baru nampak comel , kiut miut macam aku . haha dah mula perasan . byee guys ! have a nice dayy ;)
0 orang budak comel:
Post a Comment