k-pop star VS konsert mania


korang ada tengok k-pop star kat channel 393 and konsert mania kat channel 104 tak? korang boleh detect tak satu persamaan yang ada dalam kedua-dua program realiti nih? siapa yang dapat detect tu memang bijak pandai macam aku. k poyo sekejap, hehe

act baru tadi aku tengok cerita konsert mania and suddenly tetiba aku baran je tengok program realiti tuh. guess what? aku rasa konsert mania banyak tiru k-pop star. sumpah aku bengang gila! kenapa mesti tiru rancangan orang lain sedangkan Allah dah kurniakan akal untuk kita berfikir. banyak lagi program yang boleh Astro buat selain daripada konsert mania tuh.

bukan aku nak agungkan k-pop. aku pun sokong industri muzik Malaysia! aku pun minat shila hamzah, jacklyn victor, adira AF, stacy AF, kristal dan lain-lain cuma aku malu bila nanti apa pulak orang korea kata kalau benda ni sampai ke pengetahuan mereka? nanti Malaysia di label negara 'peniru'


aku mengaku aku memang gila k-pop maybe ni salah satu sebab aku buat post bodoh nih. tapi at least, Astro kena faham jugak perasaan k-pop lovers macam aku. bukan aku sorang je, beribu lagi orang yang gila k-pop kat Malaysia nih. sedangkan peminat k-pop ada kat seluruh negara bahkan Amerika, Kanada dan Jepun!


kalau nak tiru pun agak-agaklah kan tapi aku tengok hampir 80% SAMA! syarikat naugan pun ada 3. kalau k-pop star ada JYP, SM and YG yang buat pengetahuan korang ketiga-tiga syarikat naugan ni merupakan yang paling terkenal kat korea. banyak artis popular yang jadi artis naugan syarikat tersebut


see? sama kan =o=

kalau konsert mania pulak ada M.Nasir, Ahmad Dhani and Aubrey Suwoti. kalau korang nak tau lebih lanjut aku cadangkan korang tengok kedua-dua program realiti nih. then korang buat kesimpulan sendiri adakah sama ataupun tidak?

so, aku harap lepas ni Astro boleh buat rancangan TV yang lebih menarik. ni tak habis-habis program menyanyi. lepas habis Akademi Fantasia keluar pulak konsert mania. cukup-cukuplah dengan Mentor, Vokal and sowhatever. apa kata buat macam Astro Oasis, Muslim Lifestyle Channel. ada Imam Muda, Ustazah Pilihan senang sikit hati nak tengok. kan korang? hehe ^.^V

apapun, aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa, tersakitkan hati sesiapa. aku sekadar nak melontarkan pendapat sahaja. hehe Assalamualaikum, muah pipi kanan kiri. eh dah lama tak cakap cenggitu, lol


thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

1 comment:

  1. kaknda cuma tengok k-pop je..
    Biasa la tu dik..
    Rancangan malaysia meang semua cam tu...
    Takde identiti sendiri..

    ReplyDelete