Back To School


sebagai permulaan WAJIB letak gambar syok sendiri *baget*

haha , aku rasa aku orang paling last cerita pasal sekolah ni . lol chill lah kan . semalam aku busy siapkan senarai tugas untuk budak-budak pengawas and siapkan carta organisasi kelas . around 12.30 baru aku tidur . sebagai balasan , hari ni aku 'tak cukup tidur' . muka pagi-pagi dah kuyu semacam , kikiki ^.^V

so , aku nak cerita serba sedikit tentang moment best yang berlaku semalam and hari ni . jom !

4.1.2012 (rabu)


pagi-pagi lagi aku dah sakit tekak . well , sebab menjerit time perhimpunan . hmm biasalahkan , awal-awal persekolahan mesti kelam kabut sikit time perhimpunan rasmi . then , after perhimpunan ingatkan masuk kelas tapi kelas aku takde kunci . so terpaksa ktorang 'lepak' kat makmal dulu . padahal kelas 5A and 5B dah masuk kelas masing-masing . k terasa macam di pulaukan :'<

cikgu masuk macam biasa , ada yg ajar ada jugak yg takde tapi peristiwa paling tak boleh blah bila cikgu geografi ktorang iaitu cikgu Ruzina masuk . macam biasalahkan , mula-mula cikgu bebel sorang-sorang kat depan , mula lah cuakkan ktorang pasal SPM itu ini . bagi nasihat sana sini , then secara tiba-tiba cikgu cakap

'ni kenapa rambut dah macam Pulau Jeju je nih ? amboi amboi'

cikgu marah coz rambut budak lelaki kelas aku panjang gila . aku tgk pun naik rimas , hehe aku memang pantang kalau nampak lelaki yg rambut panjang ni , automatik terasa nak tegur . hewhew ;3 then cikgu capai handphone dia . dah tentu-tentu lah cikgu nak call cikgu disiplin kan ? aku dah sengih-sengih dengan Tasha . padan muka hang , aku dah tegur taknak dengar . memang best lah rambut kau kena potong gaya 'mangkuk' . kikiki aku gelak dengan Tasha .

cikgu pun capai handphone nak call cikgu Fauzi aka cikgu disiplin kat sekolah

'fauzi , kau datang kelas aku jap . kau tengok-tengokkan anak-anak kesayangan aku nih'
'aku kat makmal sebelah kawasan perumahan bla bla bla'

time tu muka geng-geng rambut panjang dah cuak dah . kikiki kesian dorang . then tetiba cikgu cakap

'lah , ni cikgu Fauzi sekolah SAAS ke ? sorry sorry cikgu . saya ingatkan cikgu Fauzi , guru disiplin tadi . sorry lah cikgu ye'

HAHAHAHAHA , terus meledak ketawa ktorang satu kelas . geng-geng rambut 'hantu' semua buat muka kelegaan . HAHAHA tu lah cikgu , kok ye pun nak ngadu hati-hati lah sikit . buat malu je , hehe bagi nak 'cover malu' cikgu pun call cikgu Fauzi yang real punya

'hah , kali ni dah tak salah dah' pastu cikgu gelak . HAHAHA cikgu ni saja je tau >.<

5 minit lepas tu cikgu Fauzi pun sampai . tak memasal nama dorang masuk dalam rekod sekolah , heeeee terbaik ! (Y)

5.1.2012 (khamis)

macam biasa hari ni perhimpunan kelam kabut . bak kata kechik 'pengawas semua jadi ulat bulu kat belakang' . bukannya nak bertugas , haihhh =..= lepas perhimpunan kelas aku masuk makmal chemist . cikgu tu not bad lah . aku faham jugak certain syllabus form 4 tahun lepas even dia terangkan sikit je . huhu

lepas habis class chemist ktorang terus masuk kelas . aku cepat-cepat kemas barang coz nak berebut tempat duduk . time sampai tu memang sesak gila . ada makcik-makcik tengah bersihkan kelas ktorang . dah la , kunci mangga kelas tu hilang so terpaksa potong . HAHA kesian gila . boleh pulak duduk depan pintu sementara nak tunggu lantai kering . nak berebut tempat punya pasal . masing-masing nak duduk bawah air cond kan ? tapi aku taknak . aku chop second place kat bahagian tengah

lepas cikgu cakap je boleh masuk terus ktorang serbu . sebijik macam budak-budak , huhu then ktorang kemas apa yang patut . baru selesa nak belajar kan . eh , btw tadi pun ada moment yang bikin aku pecah perut . habis satu kelas bergema , lol act cerita dia macam nih . . . .

time tu masa sejarah . cikgu Sushila Kaur pun masuk kelas mengajar macam biasa . then , after a few minutes classmate aku iaitu Zul and Firdaus Abd.Rahman keluar ke tandas . pekejadah la lelaki keluar pergi tandas berdua . amende dorang buat ek ? jangan fikir lain sudah , hehe tak lama lepas tu dorang masuk kelas balik

'assala .. eh eh silap . selamat sejahtera cikgu' Zul tersasul cakap . bukannya cikgu Sushila tu Islam . pastu cikgu tu balas

'assalamualaikum , assalamualaikum *mengejek* saya lempang awak kang , berterabur gigi' cikgu cakap dalam nada gurauan

time tu gelak slow jea pastu tetiba jadi kuat . aku pun blur , lawak sangat ke ? then dorang cakap 'HAHAHA Firdaus' aku pun macam aphal dorang nih . tetiba otak aku dah pick up balik . gigi ? firdaus ? terus aku gelak tepuk-tepuk meja . bergegar seluruh organ dalam badan . k menipu letteww kan -.-

fyi lah , gigi Firdaus tu macam arnab and agak terkeluar daripada landasan dia sikit . Firdaus , kau jangan marah aku eh . takde niat pun nak ejek kau *kelip-kelipmata* cikgu pun tak perasan rupa Firdaus cenggitu , dia cakap pun secara spontan je . tapi yang spontan tu lah yang buat ktorang gelak tak ingat dunia . hehe

 moment tu akan aku ingat sampai bila-bila . bila aku ingat balik , mesti aku gelak . aku harap tahun ni aku boleh 'creat' banyak memori so bila aku masuk kolej nanti aku ada moment yang boleh aku ingat .

hmm tak percaya next year aku dah besar . akan masuk ke alam 'orang dewasa' . wahh , awkward gila dengan perkataan tuh . to my classmate , me love you forever . untung kita dapat kelas air cond even ada jugak tak puas hati bila kelas ktorang best . don't be jelly k ? maybe ni balasan tentang apa yang berlalu dalam drama tak jadi ktorang dulu . so peace no war (Y)


thanks visit my blog ! have a nice day people Y(^^)Y

0 orang budak comel:

Post a Comment